02 Februari 2010

ZIARAH ILMIAH BUMI SYAM (SYRIA)

Alhamdulillah tanggal 25 - 31 Januari yang lalu diizinkan Allah selamat dan selesai Ziarah Ilmiah ke bumi Syam (Syria). Rombongan yang diketuai oleh Tuan Syeikh Haji Abdul Majid Abu Bakar AnNadwi (Mudir Maahad Tarbiah Islamiyah Derang) serta Ustaz Abdul Khair Ayub, Tuan Haji Amir dan Tuan Haji Harun.

Program ziarah ini adalah bertujuan menziarahi anak-anak didik Maahad kini yang sedang melanjutkan pelajaran di beberapa buah Universiti di Syria, jumlah pelajar Maahad kini di Syria berjumlah lebih 60 orang termasuk siswa dan siswi serta sempat juga menziarahi beberapa ulama di sana.

Amat tersentuh hati bila melihat anak2 didik Maahad di bumi Syam begitu bersemangat menuntut ilmu samada di kelas mahupun berguru dengan guru2 di masjid2. Walaupun pada tika ini diliputi dengan musim sejuk namun gelora semangat mereka bisa membakar jiwa menuntut ilmu.. Teruskan perjuangan wahai anak-anak didik Maahad....

(mengabadikan kenangan di depan Maahad Fatah Islami Damsyiq, antara tempat pengajian anak-anak lepasan Maahad Derang di Syria)

(mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan ulama-ulama di Maahad Fatah Islami di Dimasyq Syria)

(sempat berguru seketika dengan ulama besar dunia kini Syeikh Ramadhan Al Booty di Jame' Umawi)

(berpeluang memberi ucapan & nasihat kepada siswa-siswi Maahad di Rumah Persatuan' disebelah kanan Mudir Maahad Syeikh Abdul Majid AnNadwi dan disebelah kiri Mudir Marhalah Thanawiyah Ustaz Abul Khair As Syami)

(antara siswa yang hadir pada pertemuan di rumah Persatuan)

(bergambar dengan siswi Maahad di Syria yang hadir pada pertemuan di rumah Persatuan)

(dihadapan Souq Hamidi di Dimasyq - sempat bershoping)


(antara yang diziarahi makam Imam AnNawawi di Nawa Syria)


(sempat mencatat sesuatu yang 'terilham' ketika berada di hadapan makam Imam Nawawi)

(sempat juga menziarahi makam Sy Umar Abdul Aziz - amat mendesis di hati; dihujung kaki Sy Umar Abdul Aziz terletak kuburan isterinya yang diwasiat olehnya agar dikuburkan dihujung kakinya kerana syurga isteri terletak di kaki suami)


(tinggalan keagungan suatu ketika lalu yang kini tinggal puing2, suatu peringatan Allah untuk hambanya)

(pemandangan indah di atas kubu Salahudin Al Ayubi berpandanagn menarik Kota Halab)


(no komen..)

(ayaq jus delima.. menarik & sedap)


(hari terakhir dirumah penginapan kami bersama siswa maahad di Syria.. selamat tinggal teruskan perjuangan anak-anak didikku)

05 Januari 2010

PENGALAMAN ANGAH DI SEKOLAH BARU

Hari ini pengalaman baru menghantar anak kedua (Angah) ke sekolah barunya Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Furqan di Jejawi Perlis. Moga-moga Angah menjadi 'Mujahidah Solehah'.

angah dan abah dihadapan blok asrama puteri

angah dan mama di dalam kamar asrama

angah dan dua orang guru asrama yang banyak membantu

dihadapan kelas angah 'kelas lima'

Angah, mama & Guru Kelas Lima di dalam kelas

sempat berposing dengan YB ustaz Haji Hashim Jasin selaku pimpinan SRI Al Furqan


03 Januari 2010

ABIM KESAL KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin menyatakan rasa kesal terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah Harold : The Catholic Weekly. Kesan utama kepada penggunaan ini ialah masyarakat bukan Islam diberikan hak berdasarkan tafsiran perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan ataupun penggunaan seharian, dan sebarang larangan oleh pihak berkuasa atau otoriti agama Islam adalah tidak sah.

ABIM menilai keputusan ini tidak bertepatan dengan semangat peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa di kalangan agama-agama lain di negara ini. Ia juga bertentangan dengan larangan penggunaannya yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri kerana ia dikenalpasti bakal mengelirukan akidah dan konsep ketuhanan di kalangan umat Islam, merobek sensitiviti umat Islam selaku majoriti di negara ini serta berpotensi menimbulkan ketidaktenramaan awam sekiranya tidak ditangani secara baik..

Justeru Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memohon campur tangan Majlis Raja-Raja Melayu untuk menghentikan segera polemik kalimah Allah. Gesaan ini selari dengan peruntukan perlembagaan persekutuan, yang menetapkan segala urusan berkaitan dengan hal ehwal agama Islam diletakkan di bawah kuasa serta naungan Raja-Raja Melayu.

ABIM juga menyeru agar pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak lebih tegas mengikut peruntukan perlembagaan, undang-undang sedia ada dan enakmen undang-undang Islam di negeri-negeri dan tidak mengeluarkan permit penggunaan tersebut pada masa-masa akan datang. ABIM juga menyeru agar pihak KDN menggunakan segala saluran perundangan yang ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang merobek sensitivit umat Islaam tersebut.

Akhir sekali, ABIM memohon agar semua pihak bertenang dan menghormati keputusan ini dan tidak bertindak secara emosional demi untuk menjaga keharmonian serta kestabilan hubungan di antara kaum di negara ini.

" Menegakkan Kebenaran & Keadilan "

MOHAMAD RAIMI AB.RAHIM
Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia