13 Oktober 2009

MISI KITA BERSAUDARA DI PADANG SUMATERA

Alhamdulillah 10 - 12 Oktober yang lalu dapat menyelesaikan Misi Kita Bersaudara di Padang Sumatera, Antaranya dapat menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai yang dikumpul para simpatisan di bumi Malaysia ini, antaranya ana sampaikan kepada posko (pusat bantuan) PKS, Majlis Mujahidin dan posko-posko yang lain lagi.. sesuatu yang menyebakkan dada, menitiskan airmata melihat suasana peringatan tuhan terutamanya di perkampungan Chumanak & Lubuk Laweh yang menenggelamkan seluruh perkampungan dan jumlah kematian dianggarkan sekurang-kurangnya 400 orang antaranya anak-anak kecil yang sedang belajar quran seramai 30 orang.. ya Allah berikanlah kekuatan kesabaran kepada saudaraku di bumi Sumatera serta ya Allah berikanlah keinsafan kepada saudaraku di bumi Malaysia ini..

(Dari jauh.. Kampung Chumanak & Lubuk Laweh yang kini tinggal hanya nama)

(pemandangan dari dekat.. sebuah perkampungan yang cantik.. kini hanya nama)

(seoarang tua.. berjalan pulang.. kelmarin tinggalkan kampung untuk berubat.. hari ini yang tinggal hanya.. air mata - sempat berbicara bersama bapak ini)

(anak-anak mangsa bencana memohon bantuan.. fikirkan jika mereka anak-anak kita)

(kenangan bersama sukarelawan Mujahidin Indonesia bersama anak2 korban bencana)

(bersama petugas di Kg Chumanak & Lubuk Laweh yang mana seluruh kampung ini tenggelam di dasar tanah - antaranya 30 orang anak-anak yang sedang belajar al quran)

(bersama petugas dari PKS Riau - yang banyak membantu )

04 Oktober 2009

MAHABBAH IDULFITRI ABIM NEGERI KEDAH

Alhamdulillah hari sabtu yang lalu (3 Oktober) ABIM Negeri Kedah selamat sempurna menganjurkan Majlis Mahabbah Idulfitri yang diadakan di Dataran SRI ABIM Alor Setar bermula jam 12 tgh hingga 4 petang... Seekor lembu berjaya ditumbangkan dan berjaya juga dihabiskan oleh lebih 1000 orang tetamu dan warga ABIM seluruh Negeri Kedah... Majlis yang diadakan saban tahun ni yang syok sangat tu apabila dapat bertemu dengan ayah-ayah, abang-abang seperjuangan antaranya ada yang mai dari Kulim dengan bermotor (Cikgu Wahab) masyaallah hebat... Terima kasih pada semua.

(Banner sambutan depan pintu masuk)

(bergambar kenangan antaranya Cg Wahab baju batik hijau, Ustaz Abu Bakar, Cg Harun Ustaz Fitri baju hijau orang kuat majlis ni dll)

(dok agih duit raya kat kanak-kanak)

(tamu dihiburkan kumpulan nasyid SRI ABIM)

(sedang melayani karenah anak-anakku)

(Dok sampaikan ucapan bagi mewakili ABIM Negeri)

(Sir Kamarul PSU ABIM Negeri baju kuning dok senyum melayan tamu di khemah muslimin)

(suasana di khemah muslimat)




19 September 2009

BAHAGIA...

Yang dikatakan bahagia.. tak terucap di lidah... tapi terasa di hati..

18 September 2009

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN ABIM KEDAH

Alhamdulillah petang tadi (18 September) dapat mewakili ABIM Negeri Kedah dalam Program Qaryah Sejahtera ABIM Negeri Kedah bersama masyarakat Qaryah Sanglang Kedah di Masjid Kampung Sanglang... Program yang berupa majlis penyerahan sumbangan persiapan hari raya untuk penduduk miskin di qaryah tersebut berjaya dilaksanakan... Seramai 70 keluarga yang hadir menerima sumbangan tersebut... Melihat kepada kehadiran penerima bantuan tersebut benar-benar meruntun hati... moga-moga di masa mendatang seluruh warga ABIM diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus menyumbang insyaallah...

(Sumbangan tanda ingatan kepada Imam Masjid Sanglang, diiringi Tuan Hj ismail Wan Teh selaku Penyelia DUN Kota Siputeh)

(Bergambar kenangan dengan jawatankuasa majis sumbangan)

SAMBUTAN 3 DEKAD MAAHAD 4 - 6 MAC 2010

Insyaallah Maahad Derang tahun depan (2010) akan berusia 30 tahun penubuhannya... mengikut perancangan insyaallah sambutannya akan diadakan pada 4 hingga 6 Mac 2010... beberapa acara telah disusun khusus antaranya Seminar Pendidikan Islam dan Institusi Pondok, Forum Khas Harapan & Impian Umat kepada Ulama, Expo pendidikan dan lain-lain acara... dengan ini diharapkan semua warga Maahad dimana sahaja berada dipohon menyumbang dalam apa jua bentuk samada buah fikiran, tenaga dan wang ringgit untuk merealisasikan hasrat ini... Hubungilah kami... kami senantiasa mengharapkan kebersamaan kita semua... Al Fatihah buat almarhum ayahanda Syeikh Niamat Yusof (gambar kanan) pengasas Maahad Derang.

17 September 2009

MENYENTAP HATI...


Suatu waktu dalam perjalanan bertazkirah di Pulau Sayak terpandang di pagar sebuah masjid...

AMALAN SUNNAH DI HARI RAYA IDILFITRI


Saudaraku muslimin muslimat yang dirahmati Allah, marilah sama-sama kita melaksanakan beberapa amalan sunnah sempena Idil Fitri ini. Antaranya ialah;


MEMPERBANYAKKAN TAKBIR

Diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwa ia apabila pergi ke tanah lapang di pagi hari raya, beliau bertakbir dengan mengeraskan suara takbirnya. Dalam riwayat lain (dikatakan): Beliau apabila pergi ke tempat shalat pada pagi hari raya ketika matahari terbit, beliau bertakbir hingga sampai ke tempat shalat, kemudian di tempat shalat itu beliau bertakbir pula, sehingga apabila imam telah duduk, beliau berhenti bertakbir. [HR. asy-Syafi‘i dalam al-Musnad, I:153, hadis no. 444 dan 445]

Sabda Rasulullah SAW, "Sesiapa yang menghidupkan malam raya Fitrah dan malam raya Adha dengan mengharapkan pahala, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati sekalian hati. "(HR. Ibn Majah)


MANDI SUNAT HARI RAYA

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebelum ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab: "Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Idiladha dan Idilfitri." (HR. Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119).


MAKAN SEBELUM KELUAR MENUNAIKAN SOLAT

Dari Anas bin Malik r.a. “Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Idilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.”. (HR. Al-Bukhari)


MENGUCAPKAN SELAMAT DAN MENDOAKAN

Berkata Wathilah “Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka"(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu) (HR. Al-Baihaqi, Rujuk Fath Al-Bari 2/446)

Sabda Rasulullah SAW: "Tidaklah dua orang Islam bertemu saling bersalaman dan berjabat tangan melainkan diampunkan dosa mereka sebelum mereka berpisah." (HR. Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah)


MEMAKAI PAKAIAN TERBAIK DAN INDAH

Imam Syafie r.h berkata: “Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Idiladha dan Idilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.” (Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327)

Hassan bin Ali berkata, “Rasulullah SAW. menyuruh kami memakai pakaian yang paling bagus dan baik serta memakai minyak wangi yang paling bermutu bergantung kepada kemampuan kami”.


BERJALAN KAKI KE TEMPAT SOLAT HARI RAYA

Dari Ali bin Abi Thalib r.a "Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." (HR. Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487).

Dari Jabir r.a “Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (HR. Al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986)


MENUNAIKAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI

Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata: "Pada hari raya Idilfitri dan Idiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." (HR. Al-Bukhari).


MENZIARAHI SAUDARA DAN SAHABAT

Sabda Rasulullah SAW: "Wajib kasih sayangku kepada orang-orang yang ziarah menziarahi keranaku". (HR. Ahmad).


BERGEMBIRA PADA HARI RAYA

Syeikh Sayyid Sabiq berkata: "Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati." (Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290).


MENGERJAKAN PUASA SUNAT DI BULAN SYAWAL

Dari Abu Ayyub Al-Anshari ra. "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun”. (HR. Muslim).

11 Agustus 2009

ZIARAH MAHABBAH KE PALEMBANG


Alhamdulillah tanggal 26 - 29 Julai yang lalu kami (ana bersama Ustaz Haji Abdul Majid, Cikgu Zain Mahmud dan Ustaz Zul Azri) yang mewakili ABIM Negeri Kedah telah diizinkan Allah menjejakkan kaki ke bumi Palembang dalam rangka Ziarah Mahabbah menziarahi Panitia Muzakarah Ulama Serumpun Melayu yang dijadual diadakan pada Disember 2010 nanti insyaallah. Alhamdulillah sepanjang kami disana kami dilayani dengan amat baik sekali oleh keluarga kami dari Yayasan AKUIS di Palembang. kami juga sempat menziarahi PONPES Hidayatullah dan PONPES Di'ayatul Islamiyah.

Terima kasih tak terhingga buat Bapak Bardan Kindarto (Orang tua kami yang amat berjasa), Bapak Arbani (pimpinan AKUIS), Bapak Daniftal (yang banyak tersenyum), Bapak Didin( yang menyediakan Budur Bandung yang enak sekali), Bapak Hendi (yang selalu melayani makan kami), Bapak Irwin (pemandu setia kami), Bapak Samsi (yang senantiasa memfoto kami), Bapak Salman (yang bisa membawa kami menaiki bot di Sungai Palembang), Bapak Budie dan tak terlupa kami Bapak Dr Jauhari dari Jakarta yang senantiasa bersama-sama kami (umurnya lama tapi orangnya muda) serta seluruh warga AKUIS yang tak termampu ditulis semuanya disini, kalian semua ada di hatiku, kamulah keluargaku yang berada di Bumi Palembang, ingat... kita serumpun, seaqidah, sebangsa dan sekeluarga.

Kenangan di hadapan Jambatan Cimpea bersama Bapak Dr Jauhari dan Bapak Salman

Masjid Utama di Yayasan AKUIS

Majlis Silaturahmi bersama Warga AKUIS dan rombongan ABIM Negeri Kedah

Bertukar cenderamata dengan Bapak Arbani Al Semuntuli selaku Ketua Panitia Muzakarah Ulama

Bersama guru-guru serta santri dari Madrasah kelolaan Yayasan AKUIS

Cikgu Zain sempat berkongsi ilmu dengan anak-anak TK Yayasan AKUIS
Bergambar bersama Bapak Bardan Kindarto (Ketua Dewan perancang Muzakarah Ulama merangkap Pengasas Yayasan AKUIS dan Bapak Hendi sebelum memulakan perjalanan menziarahi Pondok Pesantren

Pesantren Hidayatullah Sumatera Selatan

Bergambar di hadapan pesantren Hidayatullah bersama ahli rombongan dan guru-guru Pesantren

Pesantren Di'ayatul Islamiyah Sumatera Selatan

Bergambar di hadapan pesantren Di'ayatul Islamiyyah bersama ahli rombongan dan guru-guru Pesantren

Anak-anak Santri Pondok Pesantren Di'ayatul Islamiyah

kenangan sukar dilupakan makan tengahari sama 'ikan patin bakar' dicecah dengan sambal kulit limau nipis... aduh enak sekali... Ustaz Zul pulun sungguh.


Suasana belakang rumah disepanjang sungai kelihatan sangkar patin setiap rumah.

Kenangan bersama tuan rumah yang menyediakan kami patin bakar.. terima kasih


21 Mei 2009

ZIARAH KE SATUN THAILAND

Alhamdulillah 16 Mei (sabtu) yang lalu ana sekeluarga serta sahabat2 berkesempatan ke Satun Thailand dalam rangka ziarah & menghadiri jemputan walimah anak kepada Ustaz Amin Menjamin yang juga Spekaer DUN Satun.

( bersama Budieman, Abang Chaq, Ustaz Amin berkain pelikat, Cikgu Zaki & Dr Adi)

( di jeti tepi rumah Ustaz Amin hanya 10 meter sahaja dari rumah)

(ahli rombongan dari Malaysia, awat yang Abg Chaq dok perati Cikgu Zaki?)

(tiga sahabat... seperjuangan)

( Bang Wi dok makan... laju sungguh, Cikgu Zain yang nampak kepala, ditegoq oleh Ustaz Majid)

( Dalam perjalanan balik, singgah gerai.. sempat dok bergaya dengan Imran & Ustaz Abul khair)

03 Mei 2009

KEMBARA DAKWAH JAWA TIMUR INDONESIA

Alhamdulillah kesempatan yang diberikan oleh Allah untuk ku bersama teman-teman ke Kembara Dakwah di Jawa Timur Indonesia pada 19-23 Februari yang lalu amat memberi kesan yang amat mendalam dijiwaku... memahami betapa perit dan deritanya para pejuang dakwah dalam melaksanankan amanah yang diberikan oleh Allah... Ya Allah berikanlah kekuatan itu pada ku Ya Allah..

Bergambar dihadapan rumah Syeikh Nuruddin Al Banjari di Bogor Jawa Timur

12 Februari 2009

TITAH TUANKU SULTAN

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya"

Sultan Azlan Shah
ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang,
di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

BERSAMA YANG DITUDUH "PENDERHAKA"


(bersama Cg Azmi dan YAB Nizar di Kediaman Rasmi selepas beliau diminta meletakan jawatan)

Krisis yang berlaku di Perak sejak beberapa hari yang lalu mengajar banyak perkara serta mengenali banyak karenah manusia. Alhamdulillah sepanjang kemelut ini ana diizinkan Allah menjadi sebahagian dari manusia yang berada di dalam kemelut ini.. kira-kira 2 hari ana berada disana pertama pada hari khamis 5 februari dan ahad 8 februari... namun pada 8 februari adalah hari yang cukup istimewa kerana ana dapat berbincang dan menyelami kemelut ini dengan individu yang terlibat sendiri iaitu YAB Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin.. ana bersama Cikgu Azmi (Presiden TERAS), Tuan Haji Ismail Wan Teh (Timbalan Pengerusi I Badan Bertindak Rakyat Kedah) dan Cikgu Zaki Bakar (Timbalan Pengerusi II Badan Bertindak Rakyat Kedah) berbincang hampir 1 jam bersama YAB MB mengenai isu Perak terkini.. alhamdulillah dengan perbincangan ini ana amat memahami situasi ini.. semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada Dato Seri Nizar yang ana merasai kehebatan dari raut wajah, bicara dan perawakan dirinya.. insyaallah Allah senantiasa berada bersama orang-orang yang benar.

DEBAT KETUANAN MELAYU PERAK

( moderator, YB Tajudin, YB Mujahid, ana dan Pengerusi majlis)

(suasana dalam dewan perdebatan)

Pada 6 Disember 2008 ana dijemput berdebat dengan YB Tajudin Abdul Rahman (Ahli Parlimen Pasir Salak-BN) dan YB Mujahid Yusuf Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar - PAS) di Parit Buntar. Debat berkisar tentang ketuanan melayu mencangkupi DEB, pengajaran dan pembelajaran sains matematik dalam Bahasa Inggeris.

BOIKOT McDONALD'S


McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.


Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.


Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.

11 Februari 2009

TERUSKAN INGATAN INI


Saudara kita sedang dibunuh oleh Yahudi Laknatullah