Alhamdulillah petang tadi (18 September) dapat mewakili ABIM Negeri Kedah dalam Program Qaryah Sejahtera ABIM Negeri Kedah bersama masyarakat Qaryah Sanglang Kedah di Masjid Kampung Sanglang... Program yang berupa majlis penyerahan sumbangan persiapan hari raya untuk penduduk miskin di qaryah tersebut berjaya dilaksanakan... Seramai 70 keluarga yang hadir menerima sumbangan tersebut... Melihat kepada kehadiran penerima bantuan tersebut benar-benar meruntun hati... moga-moga di masa mendatang seluruh warga ABIM diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus menyumbang insyaallah...
18 September 2009
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN ABIM KEDAH
SAMBUTAN 3 DEKAD MAAHAD 4 - 6 MAC 2010
Insyaallah Maahad Derang tahun depan (2010) akan berusia 30 tahun penubuha
nnya... mengikut perancangan insyaallah sambutannya akan diadakan pada 4 hingga 6 Mac 2010... beberapa acara telah disusun khusus antaranya Seminar Pendidikan Islam dan Institusi Pondok, Forum Khas Harapan & Impian Umat kepada Ulama, Expo pendidikan dan lain-lain acara... dengan ini diharapkan semua warga Maahad dimana sahaja berada dipohon menyumbang dalam apa jua bentuk samada buah fikiran, tenaga dan wang ringgit untuk merealisasikan hasrat ini... Hubungilah kami... kami senantiasa mengharapkan kebersamaan kita semua... Al Fatihah buat almarhum ayahanda Syeikh Niamat Yusof (gambar kanan) pengasas Maahad Derang.
nnya... mengikut perancangan insyaallah sambutannya akan diadakan pada 4 hingga 6 Mac 2010... beberapa acara telah disusun khusus antaranya Seminar Pendidikan Islam dan Institusi Pondok, Forum Khas Harapan & Impian Umat kepada Ulama, Expo pendidikan dan lain-lain acara... dengan ini diharapkan semua warga Maahad dimana sahaja berada dipohon menyumbang dalam apa jua bentuk samada buah fikiran, tenaga dan wang ringgit untuk merealisasikan hasrat ini... Hubungilah kami... kami senantiasa mengharapkan kebersamaan kita semua... Al Fatihah buat almarhum ayahanda Syeikh Niamat Yusof (gambar kanan) pengasas Maahad Derang. 17 September 2009
AMALAN SUNNAH DI HARI RAYA IDILFITRI
Saudaraku muslimin muslimat yang dirahmati Allah, marilah sama-sama kita melaksanakan beberapa amalan sunnah sempena Idil Fitri ini. Antaranya ialah;
MEMPERBANYAKKAN TAKBIR
Diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwa ia apabila pergi ke tanah lapang di pagi hari raya, beliau bertakbir dengan mengeraskan suara takbirnya. Dalam riwayat lain (dikatakan): Beliau apabila pergi ke tempat shalat pada pagi hari raya ketika matahari terbit, beliau bertakbir hingga sampai ke tempat shalat, kemudian di tempat shalat itu beliau bertakbir pula, sehingga apabila imam telah duduk, beliau berhenti bertakbir. [HR. asy-Syafi‘i dalam al-Musnad, I:153, hadis no. 444 dan 445]
Sabda Rasulullah SAW, "Sesiapa yang menghidupkan malam raya Fitrah dan malam raya Adha dengan mengharapkan pahala, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati sekalian hati. "(HR. Ibn Majah)
MANDI SUNAT HARI RAYA
Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebelum ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab: "Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Idiladha dan Idilfitri." (HR. Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119).
MAKAN SEBELUM KELUAR MENUNAIKAN SOLAT
Dari Anas bin Malik r.a. “Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Idilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.”. (HR. Al-Bukhari)
MENGUCAPKAN SELAMAT DAN MENDOAKAN
Berkata Wathilah “Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka"(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu) (HR. Al-Baihaqi, Rujuk Fath Al-Bari 2/446)
Sabda Rasulullah SAW: "Tidaklah dua orang Islam bertemu saling bersalaman dan berjabat tangan melainkan diampunkan dosa mereka sebelum mereka berpisah." (HR. Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah)
MEMAKAI PAKAIAN TERBAIK DAN INDAH
Imam Syafie r.h berkata: “Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Idiladha dan Idilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.” (Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327)
Hassan bin Ali berkata, “Rasulullah SAW. menyuruh kami memakai pakaian yang paling bagus dan baik serta memakai minyak wangi yang paling bermutu bergantung kepada kemampuan kami”.
BERJALAN KAKI KE TEMPAT SOLAT HARI RAYA
Dari Ali bin Abi Thalib r.a "Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." (HR. Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487).
Dari Jabir r.a “Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (HR. Al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986)
MENUNAIKAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI
Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata: "Pada hari raya Idilfitri dan Idiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." (HR. Al-Bukhari).
MENZIARAHI SAUDARA DAN SAHABAT
Sabda Rasulullah SAW: "Wajib kasih sayangku kepada orang-orang yang ziarah menziarahi keranaku". (HR. Ahmad).
BERGEMBIRA PADA HARI RAYA
Syeikh Sayyid Sabiq berkata: "Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati." (Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290).
MENGERJAKAN PUASA SUNAT DI BULAN SYAWAL
Dari Abu Ayyub Al-Anshari ra. "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun”. (HR. Muslim).
11 Agustus 2009
ZIARAH MAHABBAH KE PALEMBANG
Alhamdulillah tanggal 26 - 29 Julai yang lalu kami (ana bersama Ustaz Haji Abdul Majid, Cikgu Zain Mahmud dan Ustaz Zul Azri) yang mewakili ABIM Negeri Kedah telah diizinkan Allah menjejakkan kaki ke bumi Palembang dalam rangka Ziarah Mahabbah menziarahi Panitia Muzakarah Ulama Serumpun Melayu yang dijadual diadakan pada Disember 2010 nanti insyaallah. Alhamdulillah sepanjang kami disana kami dilayani dengan amat baik sekali oleh keluarga kami dari Yayasan AKUIS di Palembang. kami juga sempat menziarahi PONPES Hidayatullah dan PONPES Di'ayatul Islamiyah.
Terima kasih tak terhingga buat Bapak Bardan Kindarto (Orang tua kami yang amat berjasa), Bapak Arbani (pimpinan AKUIS), Bapak Daniftal (yang banyak tersenyum), Bapak Didin( yang menyediakan Budur Bandung yang enak sekali), Bapak Hendi (yang selalu melayani makan kami), Bapak Irwin (pemandu setia kami), Bapak Samsi (yang senantiasa memfoto kami), Bapak Salman (yang bisa membawa kami menaiki bot di Sungai Palembang), Bapak Budie dan tak terlupa kami Bapak Dr Jauhari dari Jakarta yang senantiasa bersama-sama kami (umurnya lama tapi orangnya muda) serta seluruh warga AKUIS yang tak termampu ditulis semuanya disini, kalian semua ada di hatiku, kamulah keluargaku yang berada di Bumi Palembang, ingat... kita serumpun, seaqidah, sebangsa dan sekeluarga.
Bergambar bersama Bapak Bardan Kindarto (Ketua Dewan perancang Muzakarah Ulama merangkap Pengasas Yayasan AKUIS dan Bapak Hendi sebelum memulakan perjalanan menziarahi Pondok Pesantren
Pesantren Hidayatullah Sumatera Selatan
21 Mei 2009
ZIARAH KE SATUN THAILAND
Alhamdulillah 16 Mei (sabtu) yang lalu ana sekeluarga serta sahabat2 berkesempatan ke Satun Thailand dalam rangka ziarah & menghadiri jemputan walimah anak kepada Ustaz Amin Menjamin yang juga Spekaer DUN Satun.
( bersama Budieman, Abang Chaq, Ustaz Amin berkain pelikat, Cikgu Zaki & Dr Adi)
( di jeti tepi rumah Ustaz Amin hanya 10 meter sahaja dari rumah)
(ahli rombongan dari Malaysia, awat yang Abg Chaq dok perati Cikgu Zaki?)
(tiga sahabat... seperjuangan)
( Bang Wi dok makan... laju sungguh, Cikgu Zain yang nampak kepala, ditegoq oleh Ustaz Majid)
( Dalam perjalanan balik, singgah gerai.. sempat dok bergaya dengan Imran & Ustaz Abul khair)03 Mei 2009
KEMBARA DAKWAH JAWA TIMUR INDONESIA
Alhamdulillah kesempatan yang diberikan oleh Allah untuk ku bersama teman-teman ke Kembara Dakwah di Jawa Timur Indonesia pada 19-23 Februari yang lalu amat memberi kesan yang amat mendalam dijiwaku... memahami betapa perit dan deritanya para pejuang dakwah dalam melaksanankan amanah yang diberikan oleh Allah... Ya Allah berikanlah kekuatan itu pada ku Ya Allah..
Langganan:
Postingan (Atom)