05 Januari 2010

PENGALAMAN ANGAH DI SEKOLAH BARU

Hari ini pengalaman baru menghantar anak kedua (Angah) ke sekolah barunya Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Furqan di Jejawi Perlis. Moga-moga Angah menjadi 'Mujahidah Solehah'.

angah dan abah dihadapan blok asrama puteri

angah dan mama di dalam kamar asrama

angah dan dua orang guru asrama yang banyak membantu

dihadapan kelas angah 'kelas lima'

Angah, mama & Guru Kelas Lima di dalam kelas

sempat berposing dengan YB ustaz Haji Hashim Jasin selaku pimpinan SRI Al Furqan


03 Januari 2010

ABIM KESAL KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin menyatakan rasa kesal terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah Harold : The Catholic Weekly. Kesan utama kepada penggunaan ini ialah masyarakat bukan Islam diberikan hak berdasarkan tafsiran perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan ataupun penggunaan seharian, dan sebarang larangan oleh pihak berkuasa atau otoriti agama Islam adalah tidak sah.

ABIM menilai keputusan ini tidak bertepatan dengan semangat peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa di kalangan agama-agama lain di negara ini. Ia juga bertentangan dengan larangan penggunaannya yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri kerana ia dikenalpasti bakal mengelirukan akidah dan konsep ketuhanan di kalangan umat Islam, merobek sensitiviti umat Islam selaku majoriti di negara ini serta berpotensi menimbulkan ketidaktenramaan awam sekiranya tidak ditangani secara baik..

Justeru Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memohon campur tangan Majlis Raja-Raja Melayu untuk menghentikan segera polemik kalimah Allah. Gesaan ini selari dengan peruntukan perlembagaan persekutuan, yang menetapkan segala urusan berkaitan dengan hal ehwal agama Islam diletakkan di bawah kuasa serta naungan Raja-Raja Melayu.

ABIM juga menyeru agar pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak lebih tegas mengikut peruntukan perlembagaan, undang-undang sedia ada dan enakmen undang-undang Islam di negeri-negeri dan tidak mengeluarkan permit penggunaan tersebut pada masa-masa akan datang. ABIM juga menyeru agar pihak KDN menggunakan segala saluran perundangan yang ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang merobek sensitivit umat Islaam tersebut.

Akhir sekali, ABIM memohon agar semua pihak bertenang dan menghormati keputusan ini dan tidak bertindak secara emosional demi untuk menjaga keharmonian serta kestabilan hubungan di antara kaum di negara ini.

" Menegakkan Kebenaran & Keadilan "

MOHAMAD RAIMI AB.RAHIM
Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia

13 Oktober 2009

MISI KITA BERSAUDARA DI PADANG SUMATERA

Alhamdulillah 10 - 12 Oktober yang lalu dapat menyelesaikan Misi Kita Bersaudara di Padang Sumatera, Antaranya dapat menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai yang dikumpul para simpatisan di bumi Malaysia ini, antaranya ana sampaikan kepada posko (pusat bantuan) PKS, Majlis Mujahidin dan posko-posko yang lain lagi.. sesuatu yang menyebakkan dada, menitiskan airmata melihat suasana peringatan tuhan terutamanya di perkampungan Chumanak & Lubuk Laweh yang menenggelamkan seluruh perkampungan dan jumlah kematian dianggarkan sekurang-kurangnya 400 orang antaranya anak-anak kecil yang sedang belajar quran seramai 30 orang.. ya Allah berikanlah kekuatan kesabaran kepada saudaraku di bumi Sumatera serta ya Allah berikanlah keinsafan kepada saudaraku di bumi Malaysia ini..

(Dari jauh.. Kampung Chumanak & Lubuk Laweh yang kini tinggal hanya nama)

(pemandangan dari dekat.. sebuah perkampungan yang cantik.. kini hanya nama)

(seoarang tua.. berjalan pulang.. kelmarin tinggalkan kampung untuk berubat.. hari ini yang tinggal hanya.. air mata - sempat berbicara bersama bapak ini)

(anak-anak mangsa bencana memohon bantuan.. fikirkan jika mereka anak-anak kita)

(kenangan bersama sukarelawan Mujahidin Indonesia bersama anak2 korban bencana)

(bersama petugas di Kg Chumanak & Lubuk Laweh yang mana seluruh kampung ini tenggelam di dasar tanah - antaranya 30 orang anak-anak yang sedang belajar al quran)

(bersama petugas dari PKS Riau - yang banyak membantu )

04 Oktober 2009

MAHABBAH IDULFITRI ABIM NEGERI KEDAH

Alhamdulillah hari sabtu yang lalu (3 Oktober) ABIM Negeri Kedah selamat sempurna menganjurkan Majlis Mahabbah Idulfitri yang diadakan di Dataran SRI ABIM Alor Setar bermula jam 12 tgh hingga 4 petang... Seekor lembu berjaya ditumbangkan dan berjaya juga dihabiskan oleh lebih 1000 orang tetamu dan warga ABIM seluruh Negeri Kedah... Majlis yang diadakan saban tahun ni yang syok sangat tu apabila dapat bertemu dengan ayah-ayah, abang-abang seperjuangan antaranya ada yang mai dari Kulim dengan bermotor (Cikgu Wahab) masyaallah hebat... Terima kasih pada semua.

(Banner sambutan depan pintu masuk)

(bergambar kenangan antaranya Cg Wahab baju batik hijau, Ustaz Abu Bakar, Cg Harun Ustaz Fitri baju hijau orang kuat majlis ni dll)

(dok agih duit raya kat kanak-kanak)

(tamu dihiburkan kumpulan nasyid SRI ABIM)

(sedang melayani karenah anak-anakku)

(Dok sampaikan ucapan bagi mewakili ABIM Negeri)

(Sir Kamarul PSU ABIM Negeri baju kuning dok senyum melayan tamu di khemah muslimin)

(suasana di khemah muslimat)




19 September 2009

BAHAGIA...

Yang dikatakan bahagia.. tak terucap di lidah... tapi terasa di hati..

18 September 2009

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN ABIM KEDAH

Alhamdulillah petang tadi (18 September) dapat mewakili ABIM Negeri Kedah dalam Program Qaryah Sejahtera ABIM Negeri Kedah bersama masyarakat Qaryah Sanglang Kedah di Masjid Kampung Sanglang... Program yang berupa majlis penyerahan sumbangan persiapan hari raya untuk penduduk miskin di qaryah tersebut berjaya dilaksanakan... Seramai 70 keluarga yang hadir menerima sumbangan tersebut... Melihat kepada kehadiran penerima bantuan tersebut benar-benar meruntun hati... moga-moga di masa mendatang seluruh warga ABIM diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus menyumbang insyaallah...

(Sumbangan tanda ingatan kepada Imam Masjid Sanglang, diiringi Tuan Hj ismail Wan Teh selaku Penyelia DUN Kota Siputeh)

(Bergambar kenangan dengan jawatankuasa majis sumbangan)

SAMBUTAN 3 DEKAD MAAHAD 4 - 6 MAC 2010

Insyaallah Maahad Derang tahun depan (2010) akan berusia 30 tahun penubuhannya... mengikut perancangan insyaallah sambutannya akan diadakan pada 4 hingga 6 Mac 2010... beberapa acara telah disusun khusus antaranya Seminar Pendidikan Islam dan Institusi Pondok, Forum Khas Harapan & Impian Umat kepada Ulama, Expo pendidikan dan lain-lain acara... dengan ini diharapkan semua warga Maahad dimana sahaja berada dipohon menyumbang dalam apa jua bentuk samada buah fikiran, tenaga dan wang ringgit untuk merealisasikan hasrat ini... Hubungilah kami... kami senantiasa mengharapkan kebersamaan kita semua... Al Fatihah buat almarhum ayahanda Syeikh Niamat Yusof (gambar kanan) pengasas Maahad Derang.